Pengajaran
Aku ada cinta.
Pernah aku tercari cinta dimana ia.
Pernah aku nikmati keindahan dunia…
sambil ku cari adakah ini cinta.
Ketamakan atau pencarian yang belum kesampaian.
Nafsu atau keegoan seorang wanita
Yang mendesak aku pergi mencari sebuah lubuk
yang bukan untuk ku renangi.
Kunikmati setiap bibit keindahan pencarian ku itu.
Namun ternyata cinta itu lebih nikmat.
Mengapa aku terus mencari.
Bukankah aku sudah ada cinta?
Mengapa setelah ku cari yang lain
Cinta itu juga yang aku mahukan.
Cinta itu sudah lama kutemui
Hanya mataku tertutup rapat,
Hatiku tidak mengerti
Jiwaku liar mencari lagi
Nafsuku gagah menguasai.
Aku tersungkur seketika.
Nyata Tuhan masih menyayangiku.
mahu aku terus memiliki cinta itu.
Pertukaran yang ku harus korbankan
demi untuk terus memiliki cinta itu,
Nilainya nyawa dan keinginan.
Namun aku bersyukur.
Kerana tuhan masih mahu aku miliki cinta itu.
Tatkala aku benar- benar pasti cinta itu memang cinta yang kucari-cari,
Tuhan mencubaku dengan dugaan yang membuatku faham,
Ya…
Memang itulah namanya cinta.
Aku masih ada cinta.

No comments:
Post a Comment